"Pada Engkau Tuhan Yang Satu. Tenangkanlah hari-hariku"


↫ Old Entry New Entry ↬
GoodBye
Monday 8 July 2013


Assalamualaikum w.b.t
Assalamualaikum. Bismillah. Assolatuwassalam ala Rasulillah.Alhamdulillah dalam dunia yang semakin berputar ligat dan kehidupan yang semakin rumit setiap hari, sempat kita saling bertukar salam dan mendoakan kesejahteraan diantara satu sama lain. Diharap awak sentiasa sihat sejahtera dan diberkati-Nya.Kehadapan awak yang sentiasa dalam doa saya,Kita berkenalan kerana ada sesuatu yang menggerakkan kita ; Tuhan dan takdir. Kita berkenalan kerana dalam hati ada sesuatu yang bercambah ; ukhwah. Kita berkenalan kerana berkongsi satu persamaan ; minat kita terhadap tulisan-tulisan lewat alam maya.Alhamdulillah bersyukur saya kerana kita ditemukan dan bersahabat. Kerana nikmat yang paling berharga sesudah iman dan kesihatan adalah memiliki sahabat yang soleh/solehah.Saya harap persahabatan ini berkekalan, walau saya sedar tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Allah. 
InshaAllah. Jika Allah panjangkan umur aku untuk melalui dugaan pada esok hari , InshaAllah akan aku lalui dengan senyuman Redha. Mungkin memang ini yang akan aku rasa. Aku Redha sekali lagi. Mungkin memang ini yang akan aku lalui. Aku lalui dengan Redha. Mungkin memang ini yang akan aku tinggalkan. Aku tinggalkan dengan Redha. Dan mungkin ini semua ketentuanNya . Aku Redha menerima. Mungkin memang berat untuk aku lalui semua ni. Aku Redha ;) Kawan , Keluarga. Memang berat nak tinggalkan mereka. Hanya Allah yang tahu bertapa beban nya hati ini. Tidak apa, akan aku lalui semua ni juga. 
Kehadapan awak-awak yang disayangi,
Perpisahan ni bukan bererti kita akan berpisah selamanya. Perpisahan ni hanya sementara. Jangan sedih jangan gundah. Allah ada. Kalau rindu aku mengadu kat Allah okay. Jaga diri jaga hati jaga iman. InshaAllah. Semuanya akan okay. Aku pegi tak lama pon. 3tahun je kot. Pejam celik pejam celik habis dah 3tahun tu. Tapi dalam 3tahun tu jangan lupa aku pulak. Ingat aku selalu tau. Walau ape pon yang terjadi pade aku , jangan lupa aku tau. Jangan lupa wajah aku, senyum aku, gelak tawe aku. Letak aku dalam hati korang tau. Janji tau. Janji pada ikatan persahabatan kita. Demi Allah, aku takkan lupakan korang. Demi persahabatan kita. Lepas ni dah tak boleh lepak-lepak kat dataran kat taman kat sekolah. Aku dah jauh dari korang. Dah tak boleh macam tadi petang, macam semalam, macam 3hari lepas, macam minggu lepas, macam bulan lepas, tahun lepas, masa kecik-kecik dulu. Tapi inshaAllah kalau ada jodoh kita akan macam tu lagi satu hari nanti. Doakan kejayaan aku tau. Doakan aku sentiasa kuat. Mungkin aku tak sekuat dulu mase dengan korang. Susah senang kongsi sesama. Lepas ni dah tak dah. Aku kena lalui semua tu sesorang. InshaAllah. Aku kuat. 
Imran, pasni dah takleh pelok-pelok kau atas moto, tak boleh gaduh-gaduh, tak boleh nak buli kau dah. Jaga diri tau. Jangan rindu-rindu aku. Kalau rindu text aku k. InshaAllah aku akan reply kalau tak busy. Hahaha. 
Cat, pasni tak dapat dah nak kemane-mane dengan kau. Takleh lepak lagi dah. Mesti aku rindu kau doe. Haha . Kalau ade gigs roger-roger aku tau. Hahaha. Jage diri tau catot. Aku dah tak boleh jage kau dah pas ni. Jangan nakal-nakal tau. Jage ayu baik-baik. Hahahaha.
Emal, jage tempat duduk aku tau. Jangan bagi orang lain duduk. Hahaha. Jangan sedih-sedih tau bila aku takde nanti. Takpe hidup kau akan aman sikit sebab dah takde orang nak kacau kau mase kau fokus nak study. Hahahaha. Nanti aku ushakan awek tok kau k. xD
Ammar, bawak moto pegi sekolah hati-hati tau. Pasni kau bawak sorang je. Dah kosong dah sit belakang tu.  Boleh bawak nonon. Hahaha. Jangan sedih-sedih ea. Takde dah orang nak lekat-lekatkan kertas 'saya suka tidur dalam kelas, hari-hari saya tidur dalam kelas' kat belakang kau dah . Hahaha. 
Aidil, jage kan icak aku tau. Aku percayakan kau.
Jalwa ! jijis ! Hahahha. Suke panggil kau macam tu. Tapi pasni dah tak dapat panggil macam tu lagi dah. N dah takde sape yang nak gosipkan kite lagi pas ni. Aman sikit hidup kau. Jangan sedih-sedih tau. Kite kawan dari kecik kan. Ingat tu. Aku sayang kau.
Shad, pasni dah tak dapat dah rase cubitan kau yang buad badan aku luka-luka. Tak dapat nak gadoh-gadoh lagi. Maki-maki lagi. Hahahaha. Jage ayie baik-baik. :P
Jiha, jangan nak menggatal je. Aku sepak kau nanti. Hahaha. Belajar rajin-rajin. Jangan nak main tepon je kat dalam kelas. Ingat. Jage suhada baik-baik. Kawal emosi dia. Hahahaa. Aku sure pasni die dah tak meracau-racau bila aku takde nanti. hahahaha. Jage diri k.
Nabil,Paan. Majulah sukan untuk negara! Berger RR satu. Hahaha. Jangau rindu aku tau uolls. Nanti ade mase kite lepak same k. 
Qayyum, Fauzan, Hisham n bebudak yang lain. Walaupon aku baru kenal dengan korang. Tapi aku selesa kawan dengan korang. Serious, korang best gila . Tapi Sorry k kalau korang tak suka dengan cara aku. Sarah ! jangan gedik-gedik k. Nanti aku tumbuk kau. Hahaha. Sarah jage imran tau. Hahahah. Joke. N mintak maaf sesangat kalau ade buat salah dengan korang. Jage diri k. Buad kelas tu bising bila aku takde nanti. Hahahaha.  Sayang korang. 
Arifahh ! Hahaha. Dari first kelas aku masuk. Aku macam tertarik nak kawan dengan kau. Tak tau la kenape. Hahaha. Maybe kau spoting kot. Entahlah. Haha. Kirim salam kat adik kau tau. Hahahahaa. Rindu kau nanti :D
Hafiz, Thenna, Nazirah, Nadia, Anna, Liya, Adaa, Syudha n the geng, Atingg ! n All 6angsanasian . Haha . Sorry tak dapat tag semua. Walau ape pon korang tetap kawan aku k. Kirim salam pada yang lain-lain. 
N last, buat semua bebudak kelas 6Angsana. Belajar rajin-rajin. Struggle k. Jangan lupa aku tau. InshaAllah. Aku takkan lupa korang. Aku janji k. 
Pada cikgu-cikgu, thanks sudi tunjuk ajar nasihat Amin. Walaupon baru 2 bulan Amin kat sekolah tu banyak dah Amin belajar dari cikgu-cikgu. Terima kasih cikgu Enon ! :D cikgu Ismail, cikgu Zainon, cikgu Juliana ! I like your slang. N cikgu Norsiah sorry terpakse drop ekonomi. Sayang uolls . 
Tiada siapa yang menyukai perpisahan. sebab berpisah itu payah. lebih-lebih lagi bila perpisahan itu berlaku antara kita dan insan yang kita sayang. dalam perpisahan akan ada dua kemungkinan. kemungkinan kita akan bertemu kembali, atau kemungkinan kita tidak akan bertemu kembali, selama-lamanya. memikirkan kemungkinan kedua, membuatkan diri tidak berani untuk melukakan hati  mereka. takut tidak sempat bertemu kembali. 

Bagaimana kita boleh yakin akan kemungkinan pertama? sedangkan kita tidak tahu apa yang bakal berlaku beberapa detik, saat , minit akan datang mahupun esok. Berdoalah untuk kebaikan kita bersama.
Sesungguhnya kita berpisah kerana Allah. Kita berpisah kerana ibadah. Semoga kita bertemu kembali. InsyaAllah.Assalamualaikum semua.

kadangkala saya berharap kita dapat jadi seperti pokok.  pokok yang tumbuh bersama-sama. yang sentiasa tegak berdiri dan tidak berganjak ke mana-mana. dengan itu kita tidak akan pernah berpisah. sama seperti pokok