"Pada Engkau Tuhan Yang Satu. Tenangkanlah hari-hariku"


↫ Old Entry New Entry ↬
Hidup
Sunday 28 July 2013

Dugaan ?
Besar?Emm, taklah besar sangat. Besar lagi dugaan bebudak kat Syria dan Gaza.Panggggg! -,-' Tapi kan Allah dah sebut dalam Al-Quran, tidak akan Allah timpakan sesuatu itu kalau orang itu tak mampu. Haaa…Itu maksudnya kita mampu bertahan atas tiap apa yang Allah timpakan.Allah lebih arif dan tahu tentang kita.


Each of us mesti pernah rasa down, give up tahap tak mampu nak bangun dah, tergolek tahap nak jatuh gaung dah.Memang susah. Memang payah nak gather all strength after many falls.Siapa kata mudah?Tapi Allah tak pernah tinggalkan kita sorang-sorang.Kekecewaan dan kesedihan yang kita lalui mendekatkan kita pada Dia.
 

Naqibah pernah kata,



"Air mata yang mengalir kerana kita insaf dengan perbuatan silam kita, nanti air mata tulah yang akan menjadi saksi kat akhirat kelak. Air mata itulah jadi bukti dan yang akan membela kita kelak."


Masha Allah! Miracle kannnnn..


Itulah kuasa Tuhan.Kita tak boleh terlalu yakin bahawa hidup ini akan berlaku macam yang kita nak. Hidup kita bukan telenovela. Punya hero dan heroin yang akan membela kita. Menyelamatkan kita. Berpihaklah di bumi nyata. Yang akan menyelamatkan dan membela kita hanyalah amal soleh kita. Bukan si dia yang tidak halal untuk kita tu. Bukan. Bukalah mata. Pandanglah dengan mata dan jiwa.Boleh jadi yang kita tak suka itu baik untuk kita, dan boleh jadi yang kita suka itu buruk bagi kita.


Kita tak tahu masa depan. Kita merancang, Allah yang menentukan.
Yeap,! Kita mungkin boleh menjadi penulis terhebat untuk novel cinta impian kita, tapi kita tak akan pernah jadi penulis untuk takdir hidup kita. Semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz. Kekuatan tu mungkin tak datang sekarang. Mungkin makan masa. Lama? Tak apa. Tunggu lah. Mohonlah selalu pada Dia moga Dia mengaturkan sebaik-baik kehidupan buat kita. Dan kadangkala Allah hantar a few people untuk menguji kita. 


Nak tahu setabah mana kita berdepan dengan ujian dariNya. Hati resah. Jiwa parah. Iman goyah.  Arghhh! kadang rasa nak jerit-jerit luar tingkap.  Tunjuk stress.  Tapi itukah akhlak mereka yang punya iman? Itukah akhlak mereka yang punya Tuhan?  Itukah akhlak yang Rasulullah tunjukkan? Bukan begitu. Bukan.


Allah dah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 153.



"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu[99], sesungguhnya   Allah beserta orang-orang yang sabar."  [al-Baqarah:153]


Redhakan hati ya, ingatlah janji Tuhan dalam surah Al-Fajr,



"Wahai jiwa yg tenang, kembalilah kpd Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dlm golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dlm SyurgaKu." [al-Fajr:27-30]


Teruslah percaya. Allah pasti mentakdirkan yang terbaik buat kita. Jangan sedih. Buanglah duka. Kita ada Dia. Kita milik Dia. Sampai bila-bila. Bila-bila.


Ayuh, genggam tangan bersama,


"SHINE BRIGHT IN THE EYES OF ALLAH!"